• Online Courses Sulaman Manik

    Online Courses Sulaman Manik

    Jika anda ingin menguasai kemahiran sulaman manik sepenuhnya tanpa perlu menghadiri mana-mana bengkel manik, maka daftar dan belajarlah bersama kami secara online.

  • Online Courses Sulam Kerawang

    Online Courses Sulam Kerawang

    Guna mesin jahit yang anda miliki dan pelajari serta hasilkan sendiri rekaan sulaman kerawang anda. Dari asas, biku, sulam hingga ke tebuk kerawang semuanya dapat dipelajari di sini.

  • Online Courses Sulaman Tangan

    Online Courses Sulaman Tangan

    Inginkan rekaan yang lebih klasik dan menarik menghiasi busana dan hiasan dalaman anda, maka ketahuilah kaedah yang betul dalam menghasilkan rekaan sulaman tangan anda.

  • Online Courses Sulaman Riben

    Online Courses Sulaman Riben

    Pelajari teknik-teknik sulaman riben dengan mudah dan praktikal secara online terus bersama kami dan abadikannya dalam rekaan dekorasi, hiasan dalaman mahupun busana anda.

Mari Belajar Sulaman Riben

Mari Belajar, Mahir dan Kuasai Sulaman Riben secara Video HD Streaming Online dengan Mudah dan Praktikal

Kini, atas permintaan ramai Akademi Sulaman Sri Classic, telah menyediakan anda satu Platform Mari Belajar Sulaman Riben yang membolehkan anda menunaikan hasrat anda bukan sekadar mempelajari sulaman riben tetapi juga untuk anda menguasai dan memahirkan diri dengan kemahiran reben ini.

Online Courses Mari belajar sulaman riben ini membolehkan anda belajar kesemua 20 Teknik Sulaman Reben tanpa perlu ke bengkel reben lagi, kerana apa yang diberikan di sini melebihi perkara-perkara yang tidak dapat diberikan sewaktu di dalam bengkel.

Mengapa Anda Perlu Belajar Sulaman Riben Bersama Kami?

Jika anda masih tidak pasti mengapa anda perlu mempelajari Sulaman Reben bersama kami, Berikut adalah jawapannya…

Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia

Kami adalah Panel NOSS Persijilan Kemahiran Malaysia yang berdaftar secara rasmi pada tahun 2008 dalam Bidang Sulaman, Fesyen dan Apparel.

Panel Pakar Runding MARA Malaysia

Kami juga merupakan Panel Pakar Runding MARA Malaysia dalam Bidang Sulaman, Aksesori Wanita dan Keusahawanan semenjak 2009.

Panel INSKEN / MITI

Kami juga merupakan Panel Perunding INSKEN secara berdaftar semenjak 2010 dalam bidang Jahitan, Keusahawanan dan Teknoprenur.

Platform dan Video Online Sulaman Reben Mesra Pengguna iPad dan iPhone

Jika anda pengguna iPad atau iPhone, maka Platform Online Courses Sulaman Riben ini benar-benar menyokong penggunaan gajet tersebut. Anda bukan sahaja boleh mengakses dan menonton video hanya menggunakan PC tetapi anda kini boleh mengaksesnya menggunakan iPad atau iPhone kesayangan anda.

Mesra Pengguna iPad dan iPhone

Nota Sulaman Riben Berwarna Penuh Untuk Bacaan Pengguna PC dan iPad

Versi Platform Online Courses Sulaman Riben ini juga menyediakan nota-nota untuk dimuat turun serta dibaca oleh pengguna Pc dan juga pengguna iPad.

Jadi, kami memberikan jawapan penyelesaian kepada anda, di mana menerusi Platform Online Courses Mari Belajar Sulaman Riben ini anda berpeluang memilki nota-nota dan panduan lengkap setiap teknik.

Tidak cukup dengan itu, sebagai peserta Mari Belajar Sulaman Riben ini, anda berpeluang memuat turun langkah-langkah setiap Teknik Sulaman Riben terus ke dalam komputer anda atau iPad anda, untuk dijadikan rujukan. Anda boleh mencetaknya jika anda mahu.

Nota Sulaman Reben Untuk Pengguna PC dan iPad

Apa Yang Kami Sediakan Untuk Peserta Online Courses Mari Belajar Sulaman Riben?

Sijil Penyertaan

Jika anda berjaya menamatkan kesemua Modul Online Courses Mari Belajar Sulaman Riben ini, maka sijil penyertaan yang diiktiraf akan diberikan kepada anda serta akan dihantar secara PERCUMA untuk peserta dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Video HD Streaming Online

Kesemua segmen teknik, tips, rahsia, aplikasi dan gabungan teknik sulaman riben dipaparkan secara Video HD Streaming Online. Dan anda boleh menontonya tanpa had masa dan batasan mengikut kelapangan anda.

Belajar sulaman reben mengikut kelapangan waktu serta masa anda tanpa stres selama 24 jam 7 hari seminggu.

Konsultasi Seumur Hidup PERCUMA

Sebagai graduan Online Courses Sulaman Riben, anda berpeluang mendapatkan khidmat Konsultasi PERCUMA seumur hidup bersama kami tanpa apa caj dan bayaran tambahan dikenakan.

Diskusi Bersama Pengajar

Anda berpeluang memaksimumkan penggunaan Platform Online Courses Sulaman Riben ini untuk berbincang secara terus bersama pengajar anda dalam memastikan setiap teknik yang dipelajari, dapat dikuasai dengan jelas dan sempurna.

Apakah Modul dan Sesi Pembelajaran Yang Disediakan?

Platform Mari Belajar Sulaman Riben telah menyediakan pelbagai segmen mengikut modul dan teknik yang diberikan sepanjang kursus online ini berlangsung seperti berikut…

20 Teknik Sulaman Riben

Pelajari lebih 20 Teknik Sulaman Riben yang pelbagai sama ada teknik-teknik reben untuk bungaan, daun mahupun batang. Setiap segmen teknik ini akan dipaparkan dalam bentuk Video HD Online yang pastinya memberikan paparan video yang sangat jelas dan terang.

Ini kerana kesemua video dirakam di dalam studio secara professional menggunakan hampir 4 buah kamera HDD beresolusi tinggi bagi mendapatkan rakaman yang berkualiti.

20 Teknik Tips Sulaman Riben

Ketahui bermacam-macam tips dan rahsia setiap Teknik Sulaman Reben yang dipelajari. Kesemua segmen tips dan rahsia sulaman riben ini turut dipaparkan dalam bentuk Video HD Online.

16 Aplikasi Gabungan Teknik Sulaman Riben

Bagi memastikan anda benar-benar mahir dengan setiap teknik reben yang diajarkan, maka segmen gabungan aplikasi teknik sulaman riben diwujudkan khas untuk Platform Online Courses Reben ini sahaja.

Ketahui kaedah menggabungkan setiap teknik dengan pola yang disediakan serta hasil rekaan sebenar secara video.

Belajar Sulaman Riben Secara Online terus di komputer anda, biar di mana jua anda tinggal. Santai dan praktikal mengikut kelapangan waktu anda dengan paparan HD Video Streaming, tanpa perlu menghadiri mana-mana bengkel sulaman riben.

Sri Classic Collection, telah membangunkan anda satu Platform Belajar Sulaman Riben yang sangat unik serta amat mudah untuk anda menguasai kemahiran sulaman riben ini. Tanpa mesti ke kelas sulam lagi, tidak perlu risau dengan input yang akan anda pelajari, kerana apa yang diberikan di sini melampaui perkara-perkara yang tak dapat diberikan ketika di dalam mahupun selepas kelas berlangsung.

Inilah keunikan belajar sulaman riben di dalam Platform Online Courses ini.

Jom! Daftar dan Mulakan Sesi Belajar Sulaman Riben Anda Hari Ini!

Lakukan Tempahan dan Belajar Sulaman Riben Sekarang!