Bunga sulaman riben semakin diminati untuk dihasilkan pada blaus berbanding dihasilkan pada baju tradisi mahupun busana untuk ke majlis makan malam. Ini kerana, sulaman riben amat manis digayakan pada balus agar pakaian kasual yang digayakan nampak lebih elegan dan klasik.
Fabrik organza merupakan satu fabrik yang menghasilkan sulaman riben yang unik. Ini kerana sulaman riben yang dihasilkan dengan teknik tersebut akan menghasilkan bunga-bungaan yang nampak begitu natural. Malah, ia seakan-akan kalis air kerana air akan meresap dengan cepat dan kering dengan pantas menyebabkan sulaman riben kekal dengan corak yang direka cantik.
Jika pada hiasan dekorasi dalaman rumah, motif bunga ros amat menarik minat penggemar sulaman riben untuk dihasilkannya. Namun, bagi busana pula, motif yang amat digemari adalah motif bunga pecah lima dan juga motif bunga dahlia.
Mudah… itulah ungkapan yang boleh digarapkan dalam minda seseorang setelah mereka mempelajari sulaman riben. Bukan itu saja ia boleh dipelajari oleh segenap lapisan umur masyarakat sama ada kanak-kanak, lelaki, wanita ataupun warga tua. Sulaman riben ini mampu menjadi terapi yang baik kerana ia bukan sekadar cantik tetapi ia mudah dipelajari.
Sulaman riben amat sesuai dihasilkan pada blaus yang polos. Ini akan menyerikan lagi blaus tersebut supaya dapat memberi kelainan pada si pemakai. Rekaan sulaman riben ini dihasilkan daripada riben-riben yang kecil saiznya supaya ia bersesuaian dengan rekaan yang ingin dihasilkan.
Apabila kanak-kanak yang berusia 5 tahun mampu menghasilkan gabungan dedaun sulaman riben mengikut pergerakan yang mereka suka dalam menggunakan riben, di sini dilihat bahawa sulaman riben ini mampu dipelajari oleh semua lapisan individu tanpa mengira had umur.
Sulaman riben ini turut diminati oleh masyarakat berketurunan Cina. Mereka menjadikannya sebagai hiasan pada busana dan juga pada aksesori seperti beg dan juga kasut. Malah sulaman riben ini menjadi satu lambang kemewahan sekiranya dijadikan sebagai cenderamata kenang-kenangan untuk sahabat handai dan para tetamu jemputan majlis keramaian mereka.
Sulaman riben walaupun sebenarnya mudah tetapi kadang kala ia memerlukan sedikit perhatian kepada penyulam.
Sulaman Reben amat mudah dipelajari walaupun anda tidak mempunyai kreativiti yang tinggi. Ia tetap dapat dilakukan kerana ia merupakan sulaman yang paling mudah untuk dipelajari.
Sulaman riben kini kian popular apabila ia dihasilkan pada busana untuk dipakai. Ia tidak hanya tertumpu kepada busana-busana tradisional tetapi juga tertumpu kepada busana-busana kanak-kanak seperti t-shirt polos, skirt, jean dan sebagainya yang mampu diubah serta ditambah nilai dengan sulaman riben. Cuma motif sulaman riben adalah mengikut cita rasa, umur, fabrik dan situasi pengguna sulaman ...