Teknik Sulaman Riben boleh dikategorikan sebagai seni kemahiran berasaskan kerajinan tangan sama seperti sulaman kerawang yang merupakan warisan turun temurun negara kita.
Terdapat pelbagai cara menjahit Sulaman Riben yang boleh dihasilkan sama ada untuk dekor rumah mahupun untuk tempahan pakaian wanita. Dan ini menunjukkan bahawa Sulam Riben sudah jauh berbeza pengolahannya mengikut kreativiti penyulam riben.
Dalam sulaman riben, apa yang perlu anda kuasai sebenarnya lebih kepada design ataupun corak sulaman riben tersebut. Hal ini kerana, penguasaan design yang menggabungkan pelbagai jenis bungaan ataupun motif yang anda pilih menjadikan sulaman riben yang dihasilkan itu nampak lebih menarik serta memberi kepuasan kepada diri anda sendiri.
Mengapakah saya berkata demikian? Ini kerana teknik-teknik asas sulaman riben amatlah mudah untuk anda pelajari dan kuasai sekali gus. Dan dengan teknik-teknik asas sulaman reben seperti ribbon stitch, straight stitch inilah yang membolehkan anda kembangkannya menjadi rekaan-rekaan yang tidak perah anda lihat sebelumnya. Sebab itulah dalam menghasilkan sulaman riben ini, saya lebih menitik beratkan kemahiran melukis serta menghasilkan design yang lengkap untuk dijadikan sulaman riben yang kreatif.
Bagaimanakah untuk anda mendapatkan sumber-sumber motif ataupun pola-pola design sulaman riben yang menarik? Bagi saya, selalunya saya sarankan kepada peserta saya agar memulakannya dengan melukis ataupun mengambil ilham daripada lukisan-lukisan porselin pada pinggan-pinggan seramik. Ia merupakan salah satu sumber ilham untuk anda menghasilkan sulaman riben yang menarik.
Selain itu juga, jika anda pergi dan berkunjung ke kedai-kedai bunga, anda juga akan mendapat ilham sulaman riben sebagaimana anda melihat rangkaian dan gabungan bunga-bungaan yang digubah cantik untuk hiasan kediaman ataupun hiasan di pejabat.
Hal ini kerana, motif sebeginilah yang menjadikan anda mahir dalam mereka design sulaman riben mengikut cita rasa anda. Walau bagaimanapun, saya sarankan kepada anda agar design-design yang direka dengan sulaman riben ini biarlah nampak natural ataupun mempunyai tertib dalam gubahannya. Hal ini kerana, jika ia tidak menampakkan ciri-ciri semula jadi atau natural dalam sesuatu rekaan sulaman riben anda, pastinya anda akan melihat hasil kreativiti riben anda kaku dan mati. Ini menyebabkan hasil sulaman riben anda Nampak cacat dan tidak berkualiti. Oleh itu, berhati-hatilah dalam mereka design untuk sulaman riben anda agar setiap rekaan reben anda dihasilkan dengan cantik dan semula jadi.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Sulaman Sri Classic Collection dan Akademi Sulaman Online Sri Classic Collection
Moderator Online Courses Sulaman Riben
Jom belajar sulaman riben!Jangan lupa mendaftar dan belajar Sulaman Riben secara online bersama kami pada hari ini.
Would enjoy perpetually become updated good web website!.
Thank you for your web site blog post. Johnson and i also have proven to be protecting just for a fresh e book within this topic plus your authoring offers developed you just to save capital. Your views definitely replied all of each of our problems. In truth, more than anything you got noticeable ahead of all of us found your own impressive web log. When i no longer nutriment concerns including your stressed thoughts as you seriously attended to all of our requirements listed here. Regards
Hey. Neat post. There is an issue with your website in chrome, and you might want to check this… The browser is the marketplace leader and a large element of other folks will omit your fantastic writing due to this problem.
Hello, for all time i used to check blog posts here early in the dawn, as i love to find out more and more.