Fabrik organza merupakan satu fabrik yang menghasilkan sulaman riben yang unik. Ini kerana sulaman riben yang dihasilkan dengan teknik tersebut akan menghasilkan bunga-bungaan yang nampak begitu natural. Malah, ia seakan-akan kalis air kerana air akan meresap dengan cepat dan kering dengan pantas menyebabkan sulaman riben kekal dengan corak yang direka cantik.
Jika pada hiasan dekorasi dalaman rumah, motif bunga ros amat menarik minat penggemar sulaman riben untuk dihasilkannya. Namun, bagi busana pula, motif yang amat digemari adalah motif bunga pecah lima dan juga motif bunga dahlia.
Dalam sulaman riben, apa yang perlu anda kuasai sebenarnya lebih kepada design ataupun corak sulaman riben tersebut. Hal ini kerana, penguasaan design yang menggabungkan pelbagai jenis bungaan ataupun motif yang anda pilih menjadikan sulaman riben yang dihasilkan itu nampak lebih menarik serta memberi kepuasan kepada diri anda sendiri.
Dalam menghasilkan sulaman riben pada busana, saiz riben yang kecil sekali iaitu kurang daripada 1/4 inci digunakan agar ia sepadan dengan hasil busana yang disulam riben. Apa yang menarik di sini, fabrik Thai Silk ataupun organza menjadi pilihan pereka fesyen dalam menghasilkan sulaman riben pada busana mereka.
Apabila kanak-kanak yang berusia 5 tahun mampu menghasilkan gabungan dedaun sulaman riben mengikut pergerakan yang mereka suka dalam menggunakan riben, di sini dilihat bahawa sulaman riben ini mampu dipelajari oleh semua lapisan individu tanpa mengira had umur.
Sulaman riben walaupun sebenarnya mudah tetapi kadang kala ia memerlukan sedikit perhatian kepada penyulam.
Sulaman riben kini kian popular apabila ia dihasilkan pada busana untuk dipakai. Ia tidak hanya tertumpu kepada busana-busana tradisional tetapi juga tertumpu kepada busana-busana kanak-kanak seperti t-shirt polos, skirt, jean dan sebagainya yang mampu diubah serta ditambah nilai dengan sulaman riben. Cuma motif sulaman riben adalah mengikut cita rasa, umur, fabrik dan situasi pengguna sulaman ...
Dalam menghasilkan sulaman riben pada busana, anda perlu menggunakan riben yang paling kecil dan sedikit keras supaya ia nampak cantik dan sedap mata memandang.
Sulaman riben boleh dihasilkan dengan menggunakan saiz riben yang halus. Ini kerana dengan menggunakan riben ini, ia juga mampu menghasilkan rekaan sulaman riben yang cantik.